Saturday, 9 December 2017

KHASIAT LADA HITAM





Lada hitam
Nama saintifik:piper nigrum
Nama lain: ada, biji lada, lada bena, Pepper, hu jiou, black peppercorn, mulagu, merica (Indonesia) , Fulful, filfil (arab)
Famili:piperaceae
Negara asal:asai tenggara.china

Keterangan
Lada hitam merupakan sejenis herba memanjat dan memerlukan sokongan untuk tumbuh dan menghasilkan buah. Ia biasanya ditanam secara komersial di Negeri Johor dan Sarawak. Ia hidup subur di kawasan tanah tinggi dan berbukit. Lada hitam berasal dari Malabar , India dan dibawa ke Asia Tenggara sejak 2000 tahun lalu dan semenjak itu ia ditanam di Malaysia dan Indonesia. Kemudian ia tanam pula di Thailand, Vietnam , China dan Sri Lanka. Bahagian yang digunakan sebagai rempah ialah buahnya yang mempunyai bau yang kuat.Terdapat dua jenis lada yang biasa dijumpai sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak di atas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput. Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan.Pengupasan dilakukan dengan menggosoknya, setelah itu ia dijemur hingga benar-benar kering. Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih
Kegunaan


Selain digunakan secara meluas dalam masakan, dalam perubatan tradisional Melayu lada hitam digunakan untuk meredakan sakit perut, loya, demam, sakit sendi dan sakit kepala. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan. Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi. Lada hitam juga digunakan oleh ibu dalam pantang dengan cara menumbuknya dengan ikan bilis goreng dan dimakan bersama nasi panas. Lada hitam dan lada putih yang dibungkus dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam perut bayi yang kembung. Cara ini juga digunakan untuk meredakan kesakitan akibat bengkak dan bisul. Lada hitam juga berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki. Lada hitam yang ditumbuk dan diminum bersama air suam dapat menguatkan tenaga dalaman lelaki. Air rebusan lada hitam pula berupaya meredakan cirit-birit dan kencing tidak lawas.

KHASIAT DAUN KARI.






Pokok kari atau Karipulei ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Nama saintifiknya ialah Murraya Koenigii dan dari keluarga Rutaceae .
Ia biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari bahkan dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya.
Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.
Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi : 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber, Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
Kegunaan
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India. Di antaranya ialah :
– Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.
– Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.
– Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
– Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
– Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
– Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman.
– buahnya boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
– Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.




KHASIAT ULAM RAJA






ULAM RAJA
Nama saintifik:cosmos caudatus
Nama lain:pokok kenikir,king salad,inta berayun
Famili:
Negara asal:amerika latin

Keterangan
Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

Kegunaan:
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.


KHASIAT MENGKUDU






Mengkudu
Nama saintifik: Morinda Citrifoli
Nama lain:noni(hawaii),nono(tahiti),noyu(bahasa tonga)
Famili:nyctaginaceae
Negara asal:asia tenggara

Keterangan
Pokok mengkudu atau noni adalah salah satu daripada tumbuhan berubat yang terpenting pernah dihasilkan di kawasan Pasifik, Dari akarnya, kulit pokoknya, daunnya, kuntumnya dan buahnya digunakan seluruhnya untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan penderitaan.

kegunaan
Akar dan kulit pokok : Merawat jangkitan bakteria dan keguguran
Buah hijau : Halitosis, jangkitan, senggugut, arthritis, ulser, sakit gigi dan ketidak hadaman.
Buah masak : Untuk mengelakkan jangkitan dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Daun : Mengelakkan jangkitan dan merawat masalah kulit.





KHASIAT LETUP-LETUP





LETUP-LETUP
Nama saintifik: Passiflora foetida
Nama lain:
Famili:solanaceae
Negara asal:amerika syarikat,mexico,caribbean

Keterangan

Di Malaysia terdapat banyak jenis pokok yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup. Nama panggilan ini berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang dan melepaskan bijinya ke persekitaran untuk pembiakan. Salah satu pokok yang dipanggil letup-letup ini ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh di kawasan-kawasan pertanian atau kawasan tanah terbiar. Ia tergolong dalam kategori rumpai. Ia selalunya tumbuh di kawasan bertanah poros (berpasir) yang kaya dengan bahan organik. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan ketinggian mencapai hingga 1. 5 meter. Tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat. Daunnya berbentuk oval dan lembut. Baunya kuat. Buahnya berbentuk beri dan tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh kedutan dan tercantum di atasnya. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks di sekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering. Buahnya yang masak mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan jem

Kegunaan

Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk pening , sakit pinggang dan kanser .Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat sakit kerongkong.



KHASIAT KAPAL TERBANG




POKOK KAPAL TERBANG
Nama saintifik:choromolaena odorata
Nama lain:pokok jepun,pokok jerman
Famili:azteraceae
Negara asal

Keterangan
Merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau.

Kegunaan
Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah. Daunnya dihancurkan bersama sedikit kapur makan dan ditampal di tempat luka.


MAS COTEK ADA JANTAN ADA BETINA





MAS COTEK
Nama saintifik: Ficus deltoidea
Nama lain:sempit-sempit,tabat barito
Famili: Moraceae. 
Negara asal:afrika,malaysia,kalimantan

Keterangan
Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Kegunaan
Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.



KHASIAT EKOR ANGIN/EKOR ANJING




EKOR ANGIN/EKOR ANJING
Nama saintifik:plantago major
Nama lain:lobak tanah,daun sejumbuk
Famili: Plantaginaceae
Negara asal

Keterangan
Sejenis herba lembut berbatang pendek yang tumbuh berumpun. Daunnya sederhana besar, berbentuk bulat, berwarna hijau berkilat dan urat daun selari.Tangkai daunnya panjang dan keluar terus dari pangkal pokok.Bunganya sangat kecil dan tersusun pada tangkai yang panjang seperti ekor anjing dan setiap tangkainya keluar terus dari pangkal pokok.

Kegunaan

Merawat disentri,kencing bernanah
Minum air rebusan daun
Penyakit mulut seriawan
Guna daun untuk mencuci mulut
bengkak
Hancurkan daun dan demah
batuk
Minim air rebusan
Kencing manis,cacing,cuci darah
Minim air rebusan seluruh pokok


PANDAN



PANDAN
Nama saintifik: Pandanus amaryllifolius Roxb
Nama lain:
Famili: Pandanaceae
Negara asal:

Keterangan
Pandan atau Pandan Wangi merupakan perdu tahunan dengan bentuk batang bulat dan mampu tumbuh sampai 1 – 2 meter. Daun tanaman ini merupakan daun tunggal, duduk dengan pangkal memeluk batang dan tersusun tiga helai pada batang secara spiral. Daun pandan berbentuk seperti pedang, dengan warna Hijau sampai Hijau Tua. Pada umumnya daun pandan dimanfaatkan sebagai rempah untuk memberikan aroma harum pada masakan dan sebagai bahan baku pembuatan minyak wangi.Tumbuhan yang mudah sekali dijumpai dan tumbuh liar di setiap pekarangan rumah dan selokan-selokan yang teduh. Daun yang memanjang seperti daun palem dan tersusun dengan roset dan rapat. Akarnya yang besar mampu menopang tumbuhan yang mampu tumbuh sampai 60 cm tiap daunnya.
Kegunaan

Kegunaan Daun Pandan dalam Makanan.
-Air perahan daun pandan boleh digunakan membuat kuih-muih tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)
-Daun pandan yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam.
-Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap dan berbagai jenis bubur.
Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :
- Daun Pandan boleh digunakan sebagai Pewangi bedak sejuk
- Pewangi asli bunga rampai.
- Ubat pencegah lipas

AKAR DANI




AKAR DANI
Nama saintifik:quisqualis indica
Nama lain:
Famili:
Negara asal:filipina,malaysia,india

Keterangan
Pokok Akar Dani ialah pokok menjalar berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya. Daunnya berbentuk elips, dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat. Daun tersebut yang panjangnya 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan. Bunganya wangi dan berbentuk tiub, dengan warnanya berbeza-beza dari putih ke merah muda hingga merah. Buahnya 30-35 milimeter panjangnya, dan rasanya seakan-akan buah badam apabila matang. Ia berbentuk elips dan memiliki lima sayap yang ketara. Buah pokok ini disebarkan melalui air.

Kegunaan
Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.


GANDA RUSA HITAM



GANDA RUSA
Nama saintifik: Justicia Gendarussa linn
Nama lain: Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)
Famili: :Acanthaceae
Negara asal:

Keterangan
Tumbuh tegak, tinggi dapat mencapai 2 m, percabangan banyak, dimulai dari dekat pangkal batang. Cabang-cabang yang masih muda berwarna ungu gelap, dan bila sudah tua warnanya menjadi coklat mengkilat. Daun letak berhadapan, berupa daun tunggal yang bentuknya lonjong dengan panjang 5-20 cm, lebar 1 – 3,5 cm, tepi rata, hujung daun meruncing, pangkal berbentuk biji bertangkai pendek antara 5 – 7,5 mm, warna daun hijau gelap. Buahnya berbentuk bulat panjang. Selain yang berbatang hitam (lebih popular) ada juga yang berbatang hijau.

Kegunaan

Dalam perubatan tradisional Gandarusa Hitam digunakan untuk membantu merawat Sengal-sengal Sendi, Sakit Belakang, Pinggang, Kudis Malam (Pucuk), patah, terseliuh dan wanita lepas bersalin sementara Gandarusa Belang pula digunakan untuk Sengal Sendi dan Bisul.  Gandarusa Hijau pula ia digunakan untuk membantu merawat Patah Tulang, Bisul, Rheumatik (Sengal Tulang) dan Sengal Sendi.  Untuk rawatan biasanya orang-orang tua kita dahulu menggunakan daunnya yang tua, digiling bersama beras dan ibu Kunyit (Kunyit tua) dan tampal ditempat yang ingin dirawat.  Ingatan:  Jika kulit seseorang bermasalah atau anda tidak tahu ada baiknya bahan tersebut dicampur minyak masak samada minyak Kelapa atau Minyak Kelapa Sawit bertujuan mengelakkan kulit melecuh kerana daun Gandarusa bersifat panas.
MISAI KUCING
Nama saintifik:
Nama lain:
Famili:lamiaceae
Negara asal:malaysia

Keterangan
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Kegunaan

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.