Saturday, 9 December 2017

POKOK JARUM TUJUH BILAH
Nama saintifik: :Pereskia sacharosa/saecnarosa
Nama lain :Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Famili :Cactaceae
Negara asal:korea

keterangan
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Kegunaan
Melalui kajian yang telah dilakukan, dikatakan daun Jarum Tujuh Bilah mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi. Walaupun nilai aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C dan vitamin E, tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang.Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini juga dikatakan mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.Amalan memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah juga dikatakan mampu menghindarkan seseorang daripada menghidap darah tinggikencing manis dan barah. Selain memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah untuk dijadikan ulam, anda juga boleh meminum air rendaman daun ini untuk dijadikan minuman seperti air teh.Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.

Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum.Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.

No comments:

Post a Comment