Nama saintifik:choromolaena odorata
Nama lain:pokok jepun,pokok jerman
Famili:azteraceae
Negara asal
Keterangan
Merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan
rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan
pertanian diladang atau kebun. Dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah
dari Famili Asteraceae, Compositae. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis
tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Tumbuhan ini
mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya
mempunyai bau.
Kegunaan
Daun dan bunga diguna untuk merawat luka
dan sebagai racun serangga. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan
ubat penahan darah. Daunnya dihancurkan bersama sedikit kapur makan dan
ditampal di tempat luka.
No comments:
Post a Comment