Saturday, 9 December 2017

AKAR DANI




AKAR DANI
Nama saintifik:quisqualis indica
Nama lain:
Famili:
Negara asal:filipina,malaysia,india

Keterangan
Pokok Akar Dani ialah pokok menjalar berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya. Daunnya berbentuk elips, dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat. Daun tersebut yang panjangnya 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan. Bunganya wangi dan berbentuk tiub, dengan warnanya berbeza-beza dari putih ke merah muda hingga merah. Buahnya 30-35 milimeter panjangnya, dan rasanya seakan-akan buah badam apabila matang. Ia berbentuk elips dan memiliki lima sayap yang ketara. Buah pokok ini disebarkan melalui air.

Kegunaan
Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.


No comments:

Post a Comment