POKOK AJAIB
Nama saintifik:synsepalum dulcificum
Nama lain:miracle fruit,buah
ajaib,miracle berry,miraculuos berry
Famili:
Negara asal:
Keterangan
Pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik, sesuai dengan
namanya buahnya yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke
atas sebarang asid. Walaupun buah ni sebenarnya tawar, Ia menyebabkan setiap
benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh
sejenis protein yang dipanggil miraculin.Kesan ini akan dirasai antara satu
hingga dua jam lepas makan buah tersebut.Buahnya sedang dikenal pasti sebagai
antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi.Ia berasal dari afrika
barat di kawasan yang beriklim tropika.Di afrika ia kadangkala digunakan untuk
membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.Nama yang dikenali di Afrika
seperti taami, asaa dan ledidi.
Kegunaan
Buah ajaib
memberi kegembiraan kepada peminat makanan dan buah-buahan yang masam.Buah
pokok ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, dan
mengurangkan kolestrol. Buah ajaib mampu menahan kesakitan luka diusus, kerana
buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali.
Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan hanya mengunyahnya.
Daun pokok
boleh direbus untuk diamal meminumnya setiap hari untuk mereka yang menghidapi
Kencing Manis dan Darah Tinggi. Juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga
dan penyakit gatal dikulit. Boleh mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.
No comments:
Post a Comment