Saturday, 9 December 2017

SAMBUNG NYAWA UNGU
nama saintifik: Gynura nepalliensis
nama lain:

keterangan
Pokok sambung nyawa ungu atau Gynura nepalliensis dalam bahasa botaninya adalah pokok beraroma sedap dan kuat. Enak dijadikan salad dan dicampur dalam telur dadar. Fungsinya juga boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Sebab itu pokok ini juga digelar sebagai Cholesterol Spinach herb.

Kegunaan
Daun sambung syawa berkhasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang. Ia biasanya dimakan mentah sebagai ulam kerana dipercayai dapat mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung. Namun begitu, pengambilan secara berlebihan daun segar atau jus segar herba ini boleh menyebabkan rasa loya, mual dan muntah kerana cecair daun ini bertindak menurunkan kandungan gula dalam darah. Bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah tidak digalakkan mengamalkannya sebagai perubatan herba. Daun yang dikeringkan dihancurkan dan dicampur dengan minyak untuk digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.Ia juga digunakan dalam rawatan untuk penyakit ginjal, disentri, radang kerongkong, menghentikan perdarahan, resdung, mengatasi masalah haid yang tidak teratur, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbi pokok ini digunakan untuk merawat bengkak, patah tulang dan darah beku yang disebabkan oleh lebam.


No comments:

Post a Comment