SAMBUNG
NYAWA HIJAU
Nama saintifik: Gynura procumbens Lour, Calacia procumbens Lour.
Nama lain: Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan
spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai
bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao
(Cina)
Famili : Asteraceae
keterangan
Ini pula pokok herba sambung nyawa hijau. Tumbuh
baik pada cuaca panas seperti cuaca di negara kita. Fungsinya sama dengan pokok
sambung nyawa yang lain dan juga boleh dimakan.
Kegunaan
Daun sambung syawa berkhasiat untuk mengurangkan kadar
kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga digunakan untuk merawat
sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang. Ia biasanya dimakan
mentah sebagai ulam kerana dipercayai dapat mengurangkan risiko mendapat
serangan sakit jantung. Namun begitu, pengambilan secara berlebihan daun segar
atau jus segar herba ini boleh menyebabkan rasa loya, mual dan muntah kerana
cecair daun ini bertindak menurunkan kandungan gula dalam darah. Bagi mereka
yang mempunyai tekanan darah rendah tidak digalakkan mengamalkannya sebagai perubatan
herba. Daun yang dikeringkan dihancurkan dan dicampur dengan minyak untuk
digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.Ia juga digunakan dalam rawatan
untuk penyakit ginjal, disentri, radang kerongkong, menghentikan
perdarahan, resdung, mengatasi masalah haid yang tidak teratur, melancarkan
fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbi pokok ini digunakan untuk
merawat bengkak, patah tulang dan darah beku yang disebabkan oleh lebam.
No comments:
Post a Comment