Nama
saintifik:piper nigrum
Nama lain: ada,
biji lada, lada bena, Pepper, hu jiou, black peppercorn, mulagu, merica
(Indonesia) , Fulful, filfil (arab)
Famili:piperaceae
Negara
asal:asai tenggara.china
Keterangan
Lada hitam
merupakan sejenis herba memanjat dan memerlukan sokongan untuk tumbuh dan
menghasilkan buah. Ia biasanya ditanam secara komersial di Negeri Johor dan
Sarawak. Ia hidup subur di kawasan tanah tinggi dan berbukit. Lada hitam
berasal dari Malabar , India dan dibawa ke Asia Tenggara sejak 2000 tahun lalu
dan semenjak itu ia ditanam di Malaysia dan Indonesia. Kemudian ia tanam pula
di Thailand, Vietnam , China dan Sri Lanka. Bahagian yang digunakan sebagai
rempah ialah buahnya yang mempunyai bau yang kuat.Terdapat dua jenis lada yang
biasa dijumpai sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya
dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam
dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak di
atas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput. Lada putih pula
dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk
memudahkan proses pengupasan.Pengupasan dilakukan dengan menggosoknya, setelah
itu ia dijemur hingga benar-benar kering. Lada putih mempunyai bau yang lebih
kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih
Kegunaan
Selain digunakan secara meluas dalam masakan, dalam perubatan
tradisional Melayu lada hitam digunakan untuk meredakan sakit perut, loya,
demam, sakit sendi dan sakit kepala. Ia juga digunakan untuk membuang angin
dalam badan. Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi. Lada hitam
juga digunakan oleh ibu dalam pantang dengan cara menumbuknya dengan ikan bilis
goreng dan dimakan bersama nasi panas. Lada hitam dan lada putih yang dibungkus
dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam perut bayi yang
kembung. Cara ini juga digunakan untuk meredakan kesakitan akibat bengkak dan
bisul. Lada hitam juga berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki. Lada hitam
yang ditumbuk dan diminum bersama air suam dapat menguatkan tenaga dalaman
lelaki. Air rebusan lada hitam pula berupaya meredakan cirit-birit dan kencing
tidak lawas.